Thursday, October 14, 2010

hALaWatul iMan=sweet of the faith

Setiap hari ..setiap langkah...setiap jam..setiap minit..setiap saat..kita pasti dan akan melalui dua fasa yang berbeza di mana fasa tersebut mudah dikenal dan dinilai oleh  logik akal..iaitu TAAT dan MAKSIAT.

Taat
Rasullah s.a.w pernah bersabda "halawatul iman"  yakni iman itu manis.Maksud manis itu adalah sedap,syok,diulang-ulang,rasa rindu,dan xdapat dilupakan apabila seseorang itu sudah merasai kemanisan sesuatu.Baca al-quran rase manis,pegi masjid manis,berzikir manis,tahajud manis..semuanya yang membawa ketaatan kepada allah semuanya manis.Apabila kemanisan berkurang maka jadilah hypoglycemia(less blood sugar) maka symtomps yg tidak diingini sprt trembling,sweating,palpitations n weakness.Begitulah juga sunnahtullahnye apabila kita masih belum lagi merasai kemanisan dalam melakukan ketaatan,bile solat rase malas,amal hanya setakat yang wajib dan tidak bersungguh-sungguh mengerjakannya,dan juga tidak ikhlas.

Maksiat
Tanyalah diri ini mengapakah sukar untuk merasai kemanisan ini?Adakah kerana hati kita sedang menikmati kezalatan maksiat yg lebih manis darpd ketaatan sehinggakan ketaatan dirasakan tawar dan pahit seperti paracetamol.Satu hati tidak akan dapat merasai kedua-duanya serentak(taat dan maksiat).Bila dipikio-pikio,di pusing-pusing,diguling-guling seketika benarkah maksiat itu lebih lazat drp taat?Kenapa ramai org lebih memilih beliau(maksiat) daripada dia(taat)?Banyak sungguh akibat drp beliau itu yg akn diperolehi oleh si penggunanya....fikirkanlah ape akibatnye..

Ilmu
Diantara akibatnya adalah susah untuk menyerap ilmu.imam shafie ketika mengemukakan pertanyaan kepada gurunya,waqi' berkenaan hafalannya yg berkurangan lalu gurunya menyuruh beliau meninggalkan maksiat.Kita mungkin pernah melihat sahabat kita yg sering terjebak dengan maksiat tetapi di dalam pelajaran mendapat keputusan yg cemerlang bukan? Sunnatullahnye org yg berusaha pasti akan memperolehnya,mungkin mereka study tanpa pengetahuan kita.tetapi janganlah kita mudah terpedaya kerana syaitan pasti akan berusaha menipu kita dengan pelbagai cara yg kita nampak dan merasakan sesuatu itu baik padahal ilmu itu sedikit pun tidak menyerap masuk kedalam hatinya.Banyak ilmu itu bukanlah kerana kita banyak meriwayatkannya tetapi ilmu yg banyak itu lahir daripada hati dan di gambarkan dalam bentuk akhlak.

Kewangan dan Kesihatan
Banyak wang yg di habiskan di bazirkan apabila kita melakukan maksiat dan juga menyiksakan badanmu kelak nanti maka bersiap sedialah wahai manusia jika kamu inginkan kelazatan dalam maksiatmu melebihi ketaatanmu...janganlah kita menjadi orang yang rugi kenyang di dunia lapar di akhirat

"Dia mengatakan: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini."
(al-fajr:24)

No comments:

Post a Comment